Blog Widget by LinkWithin

07 December 2009

bagaimane mahu tackle gadis comel


petang tadi penulis pergi ke Mines shopping center, saje buang masa temankan firul beli model kapal terbang dan kereta F1. member penulis yang seorang ni mmg suka mengumpul. yang menariknya di situ tadi, sangat ramai gadis2 comel serta amoi2 seksi. selain kapal terbang dan kereta, firul ini juga sukakan gadis comel dan hot. sama seperti penulis juga lah. huhu.


cuma masalahnya mamat ni tak reti langsung mahu menjalang. sepanjang 25 tahun hayatnya tak pernah ada teman wanita. kesian memang kesian. tapi macam sial jugak la setiap kali jumpa gadis comel ayat sama yang akan keluar "cun doh awek tu. tolong la tacklekan ntok aku syahir."


apehal pulak gua nak tackle ntok lu? kalau gua tackle gua punye a. huhu.


tapi niat penulis memang mahu membantu rakan yang kesepian dan sedikit sangap ini. jadi penulis pun memberi beberapa tips mahu mengurat gadis di tempat awam. sini mahu kongsi dengan pembaca lelaki kalau ade, sedikit situasi dan langkah yang perlu diambil bila kau mahu mengurat.


situasi 1:
gadis di kaunter servis

langkah menggatal:
tunggu masa yang sesuai. bila tiada pelanggan di kaunter baru pergi. berjalan ke arah kaunter dengan muke kental. muke kental disini bermaksud jangan tunjukkan sebarang minat. jangan buat muka macam syaitan. rileks. cool. langkah seterusnya mudah saje. lebih kurang begini la:

gadis kaunter: ye, boleh saye bantu?
kau: saye nak amek nombor
gadis kaunter: tekan butang A untuk blablabla
kau: eh tak,tak. saye nak amek nombor awak la. mihihi

pada saat dan ketika itu barulah buat muka secomel yang boleh. kalau kau memang comel, insyaallah la gadis tu akan suka, terkesima sekejap dan malu2 memberi nombornye. kalau muka kau dah memang tak comel, nak buat muka comel pun menyampah aku tengok, harapan mungkin tipis sedikit la.


situasi 2:
gadis kerje mcd

langkah menggatal:
jangan ambil kaunter dia. beratur di kaunter lain. seeloknye di kaunter sebelah dia punya. lakukan aktiviti mengushar sahaje. senyum sedikit bila dia perasan kau mengushar dia. ini namenye memberi salam. pelan2 kayuh la. beli aiskrim atau air saje. kemudian pegi isap rokok di luar. masuk kembali dan kali ni beratur di kaunter dia. ok. sampai giliran kau oder.

gadis mcd: ye bang, nak oder ape.
kau: saye nak oder bege ayam, bege daging, pokpek pokpek..

(jangan cakap "nak oder awak" pulak. itu bahalol namenye)

gadis mcd: waa banyaknye abang ni makan. lapar ye?
kau: tak la. saye nak siket je. yang lebih2 ni saya nak belanje awak makan.

sekali lagi bermuka comel di sini. lepas tu kau datang la makan situ tiap2 hari. mesti dia suka kau datang. belanje la dia sampai kau sengkek. huhu


situasi 3:
gadis dalam lrt

langkah menggatal:
senang aje. kalau kau duduk dia berdiri, bagi dia duduk. sekali lagi, jangan lupa bermuka comel. kalau kau duduk dia pun duduk, cari makcik atau pakcik bagi mereka duduk, tunjukkan yang kau berhati mulia walaupun kau tidak sebenarnya. kalau kau berdiri dia duduk, atau dua2 berdiri, cuma pastikan ketiak kau tidak berbau kepam. cari point untuk berbual. sengaja jatuhkan kad lrt mungkin. contoh:

gadis lrt: awak, kad awak jatuh
kau: eh, cane bley jatoh ni? mungkin ini jodoh

ini contoh aje. huhu


oh perlu dinyatakan di sini penulis tak pernah pun buat semua yang ditulis di atas tu. penulis bukan pandai mengurat sangat pun. tapi kalau kau nak, try la.



bukan boleh pakai pun. huhu

2 c0ntengan resp0n:

Just_najmiE Tuesday, December 08, 2009  

belum menguji keberkesanan tips2 nih lg lah nih.. so tak leh pakai.. hoho.. =P

Syahir Darksyde Friday, December 11, 2009  

haha. ni khas ntok laki ye cik najmi

kate2 hikmah

kate2 hikmah
yesterday is hist0ry. tomorr0w is a mistery. but t0day is a gift. n s0 it is called present. [syahirdarksyde]

  © Blogger template 'Star Wars' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP