Blog Widget by LinkWithin

31 December 2009

terbaik dua ribu sembilan


Filem tahunan: Knowing.
ini baru betol cerita kiamat

Siri TV tahunan: Chuck Season 2.
ulang marathon 4 kali. Yvonne Strahovski sangat mengairliurkan.



rokok tahunan: June Menthol.
rokok murah yang sedap. bukan macam rokok saat atau luffman yang murah tapi rasa rumput



berita tahunan: Michael Schumacher mahu race F1 balik tahun depan.
Fucking superb.



Artis antarabangsa tahunan: Megan Fox.
lu bikin gua horny.



Artis tempatan tahunan: Pija Mentor.
Walaupun sudah tak kerap berhubung sebab orang ketiga (cukup sampai situ), dapat kenal dan kongsi macam2, pengalaman yang sangat seronok. buka puase sama2, masak untuk penulis di rumah Naufara,
pertama kali jalan pegang tangan, kenalkan pada family, bawa teman pergi show, semua kenangan manis takkan lupa. kecuali kalau penulis dapat semua tu dengan Stacy pulak, baru akan lupa. mihihi.


lelaki sukan tahunan: Valentino Rossi


gadis sukan tahunan: Elena Dementieva
masih kekal paling comel dan seksi.


Lagu tahunan: Muse - Uprising.
dengar sekali terus dapat goosebump.



Lagu paling romantik: Oh Chentaku - Asthmara.
Masih cuba cari chord gitar lagu ni. Nyanyi untuk gadis mesti cair la gua cakap ngan lu. huhu



Lagu paling sempoi: Zee Avi - Kantoi


Lagu paling bangsat: Liyana Jasmay - Aku tak percaya cinta.
annoying. macam sial.



oh. tak lupa juga yang terbaik dalam antara blog2 yg aku ikut. maaf, tiada gambar award untuk bagi. lain hari buat ye. huhu


Blogger tahunan: Eny


Blog tahunan: Muka Surat Sulit Naz


Blog aku paling suka: A Cup of Me


Blog paling sempoi: ini blog Dila yg awesome sangat tu ke?!


Blog paling tak sayang mulot: Introversa Bintang! huhu



helo dua ribu sepuluh. jalan dulu, dua ribu sembilan.



selamat 2010 kepada semua.



29 December 2009

sampai bila?



Tidur lagi sendiri. Ikrar janji kau tak tepati.


Hipokrasi sampah memuji.


28 December 2009

eh salah tekan



shit. mahu delete yang draft, sekali rupanya terdelete entri yang baru publish tadi.



.......masih keliru.


ah, mampus la.


(tak cukup tido)

27 December 2009

entri diri sendiri


penulis jarang tulis entri pasal kehidupan seharian penulis ala-ala diari tu. kalau ade sikit-sikit pun hanya secara am saje, tidak detail. jadi kali ni mahu tulis sikit lah, kehidupan terlampau Ahmad Syahir Alias hari ni. sikit aje.



ok.


1. hari ni penulis kurang sihat. semalam selsema. selsema macam sial. hari ini sudah demam. jadi, tak dapat pergi join Rock the World. nasib baik belum beli tiket. tak apalah. konsert muse di singapore bulan depan mesti mahu pergi.


2. sekarang sudah sober sikit. sekarang ni, mase sedang tulis entri ni.


3. hari ni tak ada gay lagi yang hantar msg. tapi ade dapat satu msg gadis ni kate nak berkenalan. jadi penulis ushar foto kat profile dia. boleh tahan. comel dan seksi. jadi penulis pun reply. boleh. selepas tu ade la balas membalas beberapa msg:

si comel seksi: tanx :)

penulis: sure

si comel seksi: ok

penulis: ok? tadi kate nak bekenalan.

si comel seksi: i ni nyah

tiada reply dari penulis.


4. gay. sekarang tambah nyah pulak. bagus.


5. Aktiviti ketika sakit: makan, isap rokok, makan ubat, tido, bangun isap rokok, tido, bangun makan malam, isap rokok, makan ubat, tido.


6. tadi sudah sihat siket. jadi terus packing keropok. perlu prepare stok untuk minggu depan. dapat lah dalam 200 bungkus. dua rat mari. esok perlu packing dalam 500 bungkus lagi. jadi perlu tido. sekarang, tido.


muka budak sakit.




25 December 2009

sedikit carutan di hari natal


sedang rajin menulis pula sekarang. jadi biarlah penulis menulis sikit lagi sementara masih dalam mood ni.


ok


1. melawat ke blog cik alia yang comel tadi, terbaca entri pasal buku twilight. kata alia, tajuk buku telah dialihbahasakan ke bahasa melayu. SENJAKALA. mihihi. lawak sial.

aliyayayai, curik gambar u eh. sangat comel

oh. penulis pelik kenapa tak ada orang peduli langsung dengan Robert Pantatsen (betul ke aku eja?) mase dia pegang watak Cedric Diggory dalam Heri Potter dulu? sekarang seolah semua gadis tergila2. "ahhhh~ abang kulen ku. oh yeah"


2. Penulis tak percayakan hari krismas. itu sudah pastilah, sebab penulis seorang Muslim. tapi kalau memang ada santa klaus depan mata penulis sekarang, penulis mahu mintak dia kembalikan penulis pada 13Mei2007.


3. Pernah dengar lagu liyana jasmay 'aku jatuh cinta' tak? cuba kau dengar, baru kau tahu kenapa penulis kata nenek penulis nyanyi lagi sedap. oh, lagu 'aku tak percaya' pulak macam nak fotostet lagu avril lavigne aje. cuma bezanya, sangat annoying bila dengar.


4. nenek penulis di hospital universiti sekarang. Semoga nenek cepat sembuh dan panjang umur lagi.


5. Perlukan vote anda untuk survey di tepi tu. terima kasih.




p/s: cuba menjadi seorang 'askar'


lahanat gay


aku terpaksa menukar status kepada 'in a relationship' di fb,tagged dan ms. motifnya supaya mungkin kurang sikit gay mahu add atau hantar msg yang menggelikan bulu ketiak aku lagi lepas ni. aku dapat tahu mereka ni browse lelaki yg letak status single. dan kriteria tambahan mungkin muke yg jambu. aku ni ade sikit jambu kan? mihihi. fuck a.



kalau rujuk entri lepas aku ada tulis pasal gay mahu bagi aku servis baik punya tu. semalam membe kita tu sudah reply balik msg yg aku balas. dan dia kate:

"ala awk...
nnt klu awk layan sy skali..
sy leh supply kat awk awek2 UM ehehheh"



kepale buto kau. sangap gila lu ni. lu tak tau pu
lak gua da serik dengan awek UM. huhu. bodoh.



p/s: selamat hari gatal

gay2 sume, meh santa klaus mahu bagi kamu dildo sorang satu. pegi main jauh2.


24 December 2009

asthmara



kita percayakan rasa cemburu. aku dapat hidup, tapi harap aku boleh mati. belum lagi.



ambil zakar kau main jauh-jauh


dapat lagi msg gay di Tagged.

klik imej untuk besar sikit



penulis dah buat konklusi. Tagged = website gay
sebab tu penulis selalu on facebook aje. maaf, entri agak explicit.


23 December 2009

kasi rock satu dunia

klik untuk besar sikit

sabtu, 26/12/2009, 12tghr hingga bulan mengambang dipagar bintang.

3 stages, 60+ bands.

car park A, stadium Nasional Bukit Jalil

mari join penulis support band tempatan.

lebih info boleh ushar sini: http://rocktheworld.com.my



p/s: mahu tengok siapa lebih rock, Meet Uncle Hussein vs Azlan & the Typewriter


18 December 2009

berhati-hati dengan hati


hati itu satu benda yang magikal. sebab dari hati ada perasaan. orang selalu kata beza manusia dan binatang ialah manusia ada akal fikiran. binatang hanya ada otak, tetapi tiada akal. maksudnya otak mereka hanya diguna untuk rutin hidup mereka sahaja. hidup binatang hanya untuk makan, berlindung, dan mengawan. manusia pun sama, cuma manusia lebih banyak eksploitasi.


hati tak sama dengan otak. manusia dan binatang dua2 pun ada hati dan perasaan. cuma hati manusia itu berbeza-beza. ada yang berhati mulia, ada yang keras hati, lembut hati, hati kering, macam2 lah.


aku tak setuju bila orang kata manusia yang kejam itu berhati binatang. contohnya, aku sangat suka tengok kucing yang sangat protective terhadap anaknya. kucing itu penuh dengan rasa kasih sayang, maknanya binatang pun ada hati yang baik. sebab kasih sayang itu lahir dari hati yang ada perasaan.


orang selalu kata aku ni terlalu lembut hati. mungkin kerana aku seorang yang pemaaf, dan aku mudah kesian dengan orang. tapi sebenarnya aku tak mahu orang benci atau sakit hati dengan aku, jadi boleh kata aku terlampau menjaga hati orang. terlalu lembut hati pun tak elok juga, sebab manusia suka take advantage. aku terlalu menjaga hati orang, sampai hati aku sendiri hingga kini tak terjaga. dan kadang2 orang yang patut menjaga hati kita ialah diri sendiri.


kasih sayang pun lahir dari hati. sebab ia sejenis perasaan. dan ia bahaya. aku seorang yang penuh dengan kasih sayang. aku sayangkan orang terlalu membabi buta. dan kadang2 itu yang memakan diri. sebab sayang itu yang buat kau terlalu protective, terlalu cemburu, terlalu bodoh. lebih teruk, sebab orang yang kita sayang takkan selamanya kekal dengan kita. dan rasa sayang kau itu akan membunuh kau. rindu pula memualkan.


aku harap aku boleh jadi hati kering. aku tak tahu macamana orang boleh buat.



entri ni bosan.


16 December 2009

hujan emas di negeri orang, hujan bunga di negeri sendiri





pencuri hati penulis yang terbaru.


enjoy saja.

entri fuck kamu


aku jarang mengutuk sesiapa di blog introversa bintang ni. tapi entri ni terasa mahu kasar sedikit.



1. liyana jasmay. nenek aku nyanyi lagi sedap dari kau.



2. maxis broadband. ade mase rasa mahu campak aje dalam longkang.


3. nigga uia. bau kau dan bau longkang sama dengan aje. aku ada jual perfume kalau kau orang mahu.


4. anjing liar bekeliaran dalam uia. terima kasih la tolong basuh kereta aku dengan air kencing kau


5.
semua gadis yang hanya nak gunakan aku. aku tahu. dan aku tahu siapa kamu


6.
peminat bola sepak malaysia. hipokrit. kalau menang sukan sea, aku nak tengok kamu semua cium punggung pemain negara. kalau kalah, mahu tengok apa pulak kau orang nak kutuk.


7. rokok saat dan luffman. murah mane pun aku takkan beli


8. anti nik aziz. ilmu kau orang macam zarah aje kalau nak banding. berhenti la tabur fitnah pada orang alim. dah tak lama pun orang tua tu. (aku tidak pro BN atau PR. dont gv a shit)


9.
uia. tahu nak makan duit student aje. kau ingat semua budak uia berak keluar duit ke. bangsat.


10.
lelaki gay. henti hantar msg gay kamu di fb, ms, apa2 lah. aku tak mahu zakar



p/s: ini bukan entri bersetubuh.


rindu kamu derita aku


aku tertarik lirik lagu ahli fiqir, derita merindu. ape pasal?


entah.


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal?
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
bagaimana nak bahagia?


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan. .
Aku masih terkilan


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia,
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu?
Aku pilih derita merinduimu


Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya. .
kau tiada titik noktah


12 December 2009

alih bahasa dengan bangang


kau semua pasti tengok tv kan? soalan bodoh. ok, biasanya apa-apa yang ditranslated into english, contohnya, iklan, atau kartun jepun, pasti sedap je didengar kan? tapi biasanya orang kata bila dialihbahasakan ke bahasa melayu bunyi macam kelakar dan sedikit bodoh. macam kalau drama latin dialihbahasa ke bm, memang rase macam sial. tapi bahasa melayu itu sebenarnya bahasa yang indah. aku rasa mungkin orang-orang yang mengalihsuarakan itu yang bodoh jadi membuat ia terasa bodoh didengar.


bahasa inggeris pun kalau dialihbahasa dari bahasa melayu dengan bodoh, akan jadi bodoh juga la bunyinya.


contoh:

jangan nak pandai pandai ok
translate:
dont want smart smart ok

pale hotak ngko, sufian!
translate:
your brain's head, sufian!

tak ajak aku sial..
translate:
not invite me jinx..

bapak tak bole blah
translate:
father cannot go


dapat point aku disini? kerana perbezaan ciri-ciri sesebuah bahasa itu, sesetengah perkataan tidak sesuai bila ditranslatekan directly.




cuba lepas ni bila kau nak mencarut fuck, gunakan bm.
bersetubuh. huhu.


11 December 2009

kau yang bernama seri



kisah cinta aku sangat kasihan. tahu tak kenapa? jangan tanya aku sebab aku takkan dapat jawab. aku hanya rasa seperti tu lah.


baru ini, ade beberapa gadis macam mahu rapat-rapat sikit dengan aku (penulis tidak hot pun). tapi setiap kali soalan dan nama yang sama juga akan diajukan kepada aku. "seri tu siape? kenape asek dengar nama dia aje?"


jadi sini aku mahu cerita sikit la tentang Seri Noorerdahayu bt. S.Yahap.



ok.



seri tu,



ex aku.


habis dah. lepas ini mahu dengar nama yang lain pula. sharifah fatin hazlin ke. nurizashahri haron ke. markonah binti zakiah
ape-ape la.


nanti akan jumpa juga gadis sebenar aku. lu main main semunyik ngan gua ye. nanti laa, lu ingat siket. huhu



sekarang aku hanya mahu dengan duit bin kaye aje.


p/s: sudah dapat t-shirt oasis yang aku mahu. bapak susah mahu cari ni.

10 December 2009

apa itu seronok?



seronok itu adalah hidup, persahabatan, dan muzik.




extravaganza


Bunkface – Extravaganza


lagu terbaru dari bunkface, band indie yang tak perlu penulis kenalkan lagi. sikit preview aje. nak dengar full song boleh buka XFM. download link masih belum jumpe. sudah keluar budak2 ni punye album ep baru nanti penulis bagi ulasan lagi.


keluar.

08 December 2009

iklan sekejap


kalau rajin sila singgah ke http://kaukayeakupunkaye.blogspot.com


insyaallah segala hal biznes penulis akan dipublishkan di situ.


07 December 2009

bagaimane mahu tackle gadis comel


petang tadi penulis pergi ke Mines shopping center, saje buang masa temankan firul beli model kapal terbang dan kereta F1. member penulis yang seorang ni mmg suka mengumpul. yang menariknya di situ tadi, sangat ramai gadis2 comel serta amoi2 seksi. selain kapal terbang dan kereta, firul ini juga sukakan gadis comel dan hot. sama seperti penulis juga lah. huhu.


cuma masalahnya mamat ni tak reti langsung mahu menjalang. sepanjang 25 tahun hayatnya tak pernah ada teman wanita. kesian memang kesian. tapi macam sial jugak la setiap kali jumpa gadis comel ayat sama yang akan keluar "cun doh awek tu. tolong la tacklekan ntok aku syahir."


apehal pulak gua nak tackle ntok lu? kalau gua tackle gua punye a. huhu.


tapi niat penulis memang mahu membantu rakan yang kesepian dan sedikit sangap ini. jadi penulis pun memberi beberapa tips mahu mengurat gadis di tempat awam. sini mahu kongsi dengan pembaca lelaki kalau ade, sedikit situasi dan langkah yang perlu diambil bila kau mahu mengurat.


situasi 1:
gadis di kaunter servis

langkah menggatal:
tunggu masa yang sesuai. bila tiada pelanggan di kaunter baru pergi. berjalan ke arah kaunter dengan muke kental. muke kental disini bermaksud jangan tunjukkan sebarang minat. jangan buat muka macam syaitan. rileks. cool. langkah seterusnya mudah saje. lebih kurang begini la:

gadis kaunter: ye, boleh saye bantu?
kau: saye nak amek nombor
gadis kaunter: tekan butang A untuk blablabla
kau: eh tak,tak. saye nak amek nombor awak la. mihihi

pada saat dan ketika itu barulah buat muka secomel yang boleh. kalau kau memang comel, insyaallah la gadis tu akan suka, terkesima sekejap dan malu2 memberi nombornye. kalau muka kau dah memang tak comel, nak buat muka comel pun menyampah aku tengok, harapan mungkin tipis sedikit la.


situasi 2:
gadis kerje mcd

langkah menggatal:
jangan ambil kaunter dia. beratur di kaunter lain. seeloknye di kaunter sebelah dia punya. lakukan aktiviti mengushar sahaje. senyum sedikit bila dia perasan kau mengushar dia. ini namenye memberi salam. pelan2 kayuh la. beli aiskrim atau air saje. kemudian pegi isap rokok di luar. masuk kembali dan kali ni beratur di kaunter dia. ok. sampai giliran kau oder.

gadis mcd: ye bang, nak oder ape.
kau: saye nak oder bege ayam, bege daging, pokpek pokpek..

(jangan cakap "nak oder awak" pulak. itu bahalol namenye)

gadis mcd: waa banyaknye abang ni makan. lapar ye?
kau: tak la. saye nak siket je. yang lebih2 ni saya nak belanje awak makan.

sekali lagi bermuka comel di sini. lepas tu kau datang la makan situ tiap2 hari. mesti dia suka kau datang. belanje la dia sampai kau sengkek. huhu


situasi 3:
gadis dalam lrt

langkah menggatal:
senang aje. kalau kau duduk dia berdiri, bagi dia duduk. sekali lagi, jangan lupa bermuka comel. kalau kau duduk dia pun duduk, cari makcik atau pakcik bagi mereka duduk, tunjukkan yang kau berhati mulia walaupun kau tidak sebenarnya. kalau kau berdiri dia duduk, atau dua2 berdiri, cuma pastikan ketiak kau tidak berbau kepam. cari point untuk berbual. sengaja jatuhkan kad lrt mungkin. contoh:

gadis lrt: awak, kad awak jatuh
kau: eh, cane bley jatoh ni? mungkin ini jodoh

ini contoh aje. huhu


oh perlu dinyatakan di sini penulis tak pernah pun buat semua yang ditulis di atas tu. penulis bukan pandai mengurat sangat pun. tapi kalau kau nak, try la.



bukan boleh pakai pun. huhu

05 December 2009

abaikan



if i cud change one ting in my life, it wud be u


04 December 2009

teke teki


penulis terfikir satu teke teki bodoh. binatang ape kau tak boleh nampak kemaluannye? jawapannya cicak sebab ia sentiasa melekap.


hm. cicak ada kemaluankah?


ok. penulis sedang bosan. jangan layan.

sila korek hidung



Hidup akan sentiase ada masalah. Masalah itu umpame tahi hidung. Tidak kire berape kali kau korek dan buang, tahi baru akan terbentuk. Cuma jangan biarkan masalah hidup kau berlarutan. Seperti tahi hidung yang dibiar berkumpul, mahu buang nanti hidung kau mudah terluka.

02 December 2009

faktor daya penarik manusia gatal



manusia normal takkan boleh hidup tanpa pasangan. kalau manusia tiada keinginan mahu berpasangan, maka dunia ni akan tamat. sebab tiada generasi baru yang akan dilahirkan kalau tiada orang yang bersetubuh dan melahirkan anak. menarik tak pembukaan entri ni? huhu. saja nak bagi gempak siket



hukum alam setiap benda pasti berpasangan. semua benda ada pasangan untuk ia berfungsi. rokok dan perokok, pen dan kertas, kereta myvi s.e yang cantik dan ahmad syahir alias. huhu. benda paling bangsat sekali pun pasti ada pasangannya. tahi pun ada tandas untuk menerimanya.


manusia yang sudah cukup dewasa pasti mahu mencari pasangan. bagi segelintir, tidak susah mahu mencari pasangan. tapi ada juga yang sedikit gedik yang sangat susah mahu dapat yang betul-betul berkenan di hati, seperti tuan punya blog yang sedang menulis ni.


untuk jatuh hati pada seseorang, tidaklah susah. cuma ada sedikit faktor yang boleh buat kau tertarik pada seseorang atau menjadi sedikit gatal.


1. tarikan fizikal.
kecantikan fizikal memang faktor utama yang membuat kau lebih gatal untuk mengushar pasangan kau. jangan nak bohong la cakap rupa tu tak penting. bagi gadis2 mesti tertarik dengan lelaki kacak tampan dan macho. ada juga suka yang jambu, macam dafi akademi fantasial atau tomok si jutawan jambu. ada pula yang tak tahan tengok lelaki berotot dan dada berbulu. geli la sial.

bagi lelaki pula, gadis hot berbadan cantik, gadis muka comel rambut panjang, mungkin juga muka pecah tapi buah dada cup c, atau gadis ayu bertudung seperti yuna. tipu la kalau cakap kau orang tak berangan mahu awek macam tu.

tapi faktor lain boleh jadi lebih penting di peringkat lain dalam perhubungan, sebelum kau memilih dia sebagai pasangan. kiranya kalau muke cantik tapi perangai macam syaitan, tak jalan jugak kan?



2. proximity
dalam melayunya apa ya? kira dekat secara fizikal la. contohnya kerja di tempat sama, atau jiran sebelah rumah kau. rakan sekelas mungkin. teorinya seperti kau dengar lagu la. bila kau selalu dengar lagu yang sama, kau akan sama ada lebih menyukai atau lebih menyampah dengan lagu tu.

sama juga seperti kehadiran orang di sekeliling kau. kalau dah tiap-tiap hari jumpa dia, kemungkinannya ialah kau akan lebih tertarik dengan dia. then again, kalau perangainya dah macam cilaka, kemungkinannya ialah nak termuntah dah aku tengok muka kau tiap2 hari.



3. persamaan
kau akan lebih tertarik dengan orang yang satu kepala dengan kau. enuf said.


4. karakter bertentangan
kau mungkin juga akan tertarik dengan orang yang berbeza dari kau. cuma perbezaan di sini ialah benda2 atau ciri2 yang dapat memenuhi keperluan diri kau sendiri. contohnya suhadi arpan sangat panas baran tetapi farah nabila pula sangat cool dan kental. farah nabila selalu dapat menenangkan suhadi arpan yang sedang marah-marah. kalau farah nabila pun panas baran juga, alamatnye kene potong la zakar si suhadi arpan. huhu


5. perasaan timbal balik
ha, kau ingat bola sepak je ade timbal balik? timbal balik yang penulis maksudkan ialah kecenderungan kau untuk tertarik pada orang yang sukakan kau. bila kau tahu dia suka kat kau, mestilah kau akan layan dia baik2 saja. kau akan jadi lebih ramah pada dia, berkongsi lebih banyak informasi tentang diri kau, lebih banyak bersetuju dengan pendapat dia. kiranya kau akan jadi lebih senang dengan dia. benda yang paling kita hargai ialah bila orang hargai kita.

jadi kalau kau sukakan seseorang tu, jangan ego. tunjuk saja yang kau sukakan dia. tapi jangan berlebih-lebih sampai nampak macam kau terhegeh2 sangat kat dia pulak. kena juga ada sedikit ego




p/s: ciri2 gadis yang buat penulis tertarik ialah comel, kelakar, dan up-to-date.


teman wanita baru penulis nanti kalau boleh mahu lebih kurang macam ni la. mihihi


01 December 2009

tahi saya hari ini: sedikit sunyi


entri ni tiba-tiba buang tebiat mahu bahasakan diri penulis i. hahahha


belakangan ni i selalu rasa sunyi. mungkin sebab selalu duduk sorang2 di bilek. semester dah habis, semua orang dah pulang ke kampung. tapi i tidak, atas niat murni untuk menolong member menyiapkan thesis research. padahal sebenarnya mengharapkan upah yang banyak. huhu. bukan apa, ini bukan kerja main2 wo, ini kerja budak masters. padahal i degree pun tak habis lagi. nasib baik research pasal english language. lagipun budak firul ni loaded, keje lecturer, takdak hal lah mahu pow lu siket kan bro? huhu


jadi belakangan ni setiap malam melepak di mcD seksyen 14 PJ buat kerja sampai pagi. tapi balik kampung sekejap lah raya haji hari tu. menghabiskan masa yang lama berdua dengan budak firul buat i terasa sedikit gay. waktu yang lain hanya duduk di bilek sorang2. i paling tak suka bila duduk seorang diri macam ni. sebab i akan berfikir banyak benda yang tak perlu.


tadi tiba-tiba teringat cik A. i dah tak berhubung lagi dengan cik A. i sebenarnya harap cik A dapat maafkan segala salah silap i pada dia.


ah, macam bodoh je i,i ni. tukar.


penulis tahu sepanjang masa cik A ada di sisi penulis dulu, dia dah banyak sakit hati. sebab penulis masih tak dapat nak buang cik S dari hidup penulis. jadi lebih baik begini, lebih baik untuk dia. walaupun rasa agak sedih terpaksa berakhir cara begini. sama juga la situasi dengan cik P. cuma cik P tak kisah sangat, mungkin sebab dia artis. tapi cik P sangat tak suka dengan cik S. gile punya menyampah lah. dengan cik E pulak. . banyak la pulak abjad kan. najis betul budak penulis ni.


penulis tak kisah orang mahu cakap penulis ni main budak lelaki (playboy) atau penulis da berubah, atau apa2 lah. penulis rasa penulis tak pernah nak mainkan hati sesiapa. hati penulis pada sorang saja, semua orang tahu. tapi apa yang penulis dapat? dapat tengok dia pergi dengan lelaki lain. sangat berbaloi.


tapi penulis bukannya on dengan ramai2 orang. hanya rapat dengan beberapa gadis saja. bukan penulis yang sengaja cari untuk menggatal. walaupun hakikatnya penulis memang sedikit gatal.


pakai i balik la.


sekarang i sudah tak bersama sesiapa, dan cik S pun sudah dibuang dari recycle bin. sekarang ni dah tak ada orang nak kat i dah. padan muka u. huhu. i pun memang tak mahu bersama sesiapa sekarang. hanya mahu duit yang banyak saja. oh, tapi kalau stacy mengurat i macam pija dulu, i nak la. huhu.


macam gay sial tulis entri pakai i. fuck.


kate2 hikmah

kate2 hikmah
yesterday is hist0ry. tomorr0w is a mistery. but t0day is a gift. n s0 it is called present. [syahirdarksyde]

  © Blogger template 'Star Wars' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP