sikit carutan/pesanan
(maaf aku memang suka letak gambar yang takde kaitan langsung dengan entri)
kali ni hanya mahu bagi beberapa pesanan. untuk kau dan juga untuk diri sendiri.
1. bila terasa emosi, yang paling penting ialah untuk kawal diri. marah boleh ditunjuk cuma jangan berlebih2. sebab kau akan nampak macam orang bodoh. macam aku dulu. cuba buat cool aje, tapi biar orang tahu juga yang kau marah. nanti orang yang bersalah akan terasa lebih bersalah.
2. kawal diri bukan dengan pendam emosi. itu salah. emosi tu kene dilepaskan dengan cara yang lepak. ikutla, karaoke ke ape ke.
3. kawal emosi juga kawal menangis. sebab bila menangis kadang2 jadi lebih menyedihkan.
4. orang malaysia utamanya warga KL banyak habiskan masa dengan melepak. lepak minum kat kedai makan, borak2 cerita hal orang, main tai-ti. cuba banyakkan luang masa di taman. belakangan ni aku suka pergi ke taman. taman yang aku pergi taman tasik titiwangsa dan taman di KLCC. macam2 aktiviti sihat kau dapat lihat dan ikut buat kat situ. cuma pergi waktu pagi dan petang, jangan pergi waktu malam, sebab aktiviti yang ada hanyalah orang beromen.
5. aku paling suka taman tasik titiwangsa, yang pada aku cukup syarat, ada open gym lagi. toilet pun bersih dan cukup. kalau pergi situ mesti aku akan jogging pusing tasik 2 kali. (cukup la tu). siapa duduk KL aku suggest kau pergi
6. jujur la. sebab jujur penyelesaian terbaik apa2 masalah pun. memang susah mahu jujur dan berterus terang, sebab kadang2 kebenaran tu menyakitkan. tapi ianya sekejap aje. kalau tak sanggup, teruskan aje menipu. try tengok sampai mane. dah kantoi nanti lagi la sakit. sakit macam fuck.
7. lelaki dan perempuan dijadikan untuk saling mengajari dan mempelajari. aku suka study perempuan. sebab aku tak berapa pandai jaga hati perempuan yang mendampingi aku.
sekurang2nya aku belajar. ada juga orang yang tak pernah belajar.



3 c0ntengan resp0n:
hot tu!! kan da dpt yg "better"
hpy 4 u
aih, punye panjang aku mencarut, gambar jugak yang kau komen. huhu.
neway tanx
comel!.. haha..
ok, dah faham.. sila kawal emosi ya encik syahir.. (^^,)
Post a Comment